Kanak-Kanak Ini Memegang Tangan Patung Kerana Menyangka Itu Adalah Tangan Ayahnya. Lihat Reaksinya Apabila Menyedari Itu Bukan Ayahnya..

Kanak-Kanak Ini Memegang Tangan Patung Kerana Menyangka Itu Adalah Tangan Ayahnya. Lihat Reaksinya Apabila Menyedari Itu Bukan Ayahnya..

Seorang pengguna Twitter dengan akaun @Electric_Car38 menceritakan peristiwa lucu apabila mereka membawa anak kecil mereka yang berumur satu setengah tahun berjalan di sebuah kedai pakaian UNIQLO.

Tiba-tiba, mereka melihat anak kecil mereka sedang memegang tangan sebuah patung yang berada di dalam kedai itu.

Dia mengatakan, “itu bukan ayahmu! tangan itu tidak akan bergerak untuk membawamu berjalan! Ayahmu yang sebenarnya ada di belakang..”

Di dalam video itu juga terdengar ayahnya memanggil anaknya, tetapi anak kecil itu masih memegang erat tangan patung itu dan melihat ke arah patung.

Dia Masih keliru antara patung dan ayahnya…

Tetapi, apabila anak kecil itu memandang ke arah ayahnya, dia terus melepaskan genggamannya pada patung itu dan terus berbaring di lantai.

Mungkin dia malu menghadapi perkara itu…

Video tersebut mendapat 1.6 juta views dan 30 ribu retweet dari para netizen di Twitter. Ramai netizen yang terhibur melihat aksi kanak-kanak itu!

Tonton VIDEO Lucu Kanak-kanak itu di bawah

Apa Pendapat Anda?

Terima kasih Kerana membaca Artikel Ini

Sumber : Twitter@Electric_Car38 by Berita Kopak & Onews

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / ONEWS. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..