Gelagat Anak Fasha Sandha Merajuk Tak Dapat Pegang Baby Yusof Alqardawi Buat Ramai Terhibur

Gelagat Anak Fasha Sandha Merajuk Sebab Tak Dapat Pegang Baby Yusof Alqardawi Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Betul Jemyma !!

Baru-baru ini kita mendapat khabar gembira mengenai pertunangan pelakon cantik Nur Fasha Sandha Hassan dan aktor Aidil Aziz. Pasangan bakal pengantin ini kelihatan sama cantik, sama padan dan berseri-seri di majlis pertunangan mereka.

Ramai sedia maklum, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012. Namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan dan akhirnya mereka berpisah pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwian Fasha dan Jejai, mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun. Walaupun sudah tidak bersama tetapi mereka tetap sporting dan profesional lebih-lebih lagi dalam hal dan perkara yang membahagiakan anak-anak mereka.

Perwatakan Fasha yang peramah, baik hati, sopan santun, berdisiplin tinggi membuatkan dia sangat disenangi ramai terutama sekali teman-teman rapatnya.

Yang terbaru, Fasha telah berkunjung ke Aliff Syukri Palace untuk menziarahi sahabat rapatnya Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida. Fasha turut membawa anaknya, Jemyma dan juga ibunya bersama.

Apa yang menariknya gelagat Jemyma yang merajuk kerana tidak dapat pegang Yusof Alqardawi membuatkan ramai terhibur. Alahai penyayang rupanya Jemyma ini, sukakan baby rupanya. Merajuk pun comel !!

Jemyma bersungguh-sungguh meminta ibunya meletakkan Yusof di pangkuannya. Nampak keceriaan yang nyata di wajahnya apabila dapat memangku Yusof. Yusof pun baik sangat, itu yang ramai orang sayang.

Bila ditanya oleh Datuk Aliff sama Jemyma nak adik atau tidak, Jemyma malu-malu cakap dia nak adik. Sabarlah Jemyma, tak lama lagi lepas ibu kahwin inshaAllah ada rezeki, dapatlah Jemyma adik baru.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Comel tak bakal pengantin ni?? tak sabar laa tu @fashasandha nak dpt baby lagi heheh.. “

 

View this post on Instagram

 

comel tak bakal pengantin ni?? tak sabar laa tu @fashasandha nak dpt baby lagi heheh

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen memuji kecantikan dan keperibadian Fasha Sandha yang baik dan sopan. Antara komen-komen netizen :

” Hebat Yusoff ramai peminat termasuk artis Fasha Sandha suka kat Yusoff.. “

” Sabtu tu jumpa @fashasandha kat MAHA. MasyaAllah cantiknya dia…. so sweet n baik sgt melaysn peminat.. “

” Wahhh untung baby yusuf, ameena, qayyum ramai yg minat… Syukur smg yusuf, meena, qayyum mbesar dgn sehat.. “

” Bagus dato. Sentiasa memuliakn tetamu. Layan sungguh tu.. “

” I love her so sweet @fashasandha pandai melayan anak2 kecik semoga fasha dpt baby lagi nanti. Amin.. “

” Cantik kak fasha mcm anak dara.. “

Tak sabar nak menantikan hari bahagia Fasha dan Aidil. Semoga dipermudahkan semua urusan sehingga ke hari majlis dan seterusnya hidup bahagia berkekalan sampai ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aliff Syukri by Berita Kopak