Bawa Bantal Busuk Atas Pentas, Tetapi Sekali Dia Buka Mulut Menyanyi Buat Ramai Yang Terpegun !!

Memang Wowww !!

Menggunakan konsep dan format rancangan asal dari Korea Selatan, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) versi Bahasa Melayu menggandingkan Syuk Sahar dan Alvin Chong sebagai pengacara serta turut menampilkan artis jemputan.

Program ini menampilkan 3 penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul serta seorang artis jemputan dan dua orang penyiasat jemputan dan mempunyai 4 pusingan.

Tugas para penyiasat adalah untuk membantu artis jemputan mendedahkan siapakah agaknya penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang.

6 orang penyanyi misteri akan diperkenalkan, dan artis-artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang mereka rasa adalah penyamar bersuara sumbang pada setiap pusingan.

Setiap penyanyi misteri yang disingkirkan akan ke pentas penentuan di mana mereka akan memperdengarkan suara sebenar mereka. Dan, sekiranya penyanyi misteri yang terakhir merupakan penyanyi sebenar, beliau secara automatik akan menyertai Showcase ICSYVMY.

Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3, 000 dan juga hadiah daripada penaja.

Bagi episod minggu lalu, Ziana Zain diundang sebagai penyanyi undangan yang perlu mengenalpasti siapakah penyanyi misteri yang boleh menyanyi atau siapakah penyamar bersuara sumbang.

Apa yang menariknya, penyanyi misteri yang menggunakan nama samaran ‘ Mama Cakap Suara Aku Sedap’ ini mendapat perhatian ramai kerana suaranya yang sangat unik.

Penyanyi misteri yang bersuara merdu ini bernama Muhammad Akif Danial Bin Radzman. Akif baru berusia 16 tahun dan masih lagi belajar.

Semasa pusingan pertama, sesi perkenalan dengan penyanyi misteri, Akif berada di atas pentas sambil memegang bantal busuk miliknya.

Akif menyanyikan lagu Rintihan Rindu, nyanyian asal penyanyi dan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) Yang Ke 31, Wany Hasrita. Rata-rata barisan penyiasat dan juga menonton memuji dan kagum dengan suaranya.

Ziana telah menyingkirkan Akif pada pusingan yang kedua. Pada pusingan kedua ini, setiap penyanyi misteri dikehendaki membuat ‘lip sync’. Artis undangan dan penyiasat akan meneka sama ada penyanyi misteri ini boleh menyanyi atau tidak melalui gaya ‘lip sync’ yang mereka lakukan.

Ibu Akif kelihatan sebak dan mengalirkan air mata melihat anaknya membuat persembahan. Selepas Akif selesai membuat persembahan, Ibu Akif meminta izin untuk menyuruh anaknya menyanyikan lagu penyanyi kesukaannya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Suara adik Akif yang lunak merdu itu kedengaran mirip suara penyanyi nombor satu negara kita. Ramai yang terpegun lebihlebih lagi semasa Akif menyanyikan lagu Si Pipi Merah, Ting Ting Tang Ting… Lebih kurang Siti Shower juga penangan adik Akif ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen yang positif buat adik Akil. Antara komen-komen netizen :

” Hai adik akif, abg bangga ngn adik sbb adik seorg ank yg syg pada ibu adik, abg pun rasa sebak time ibu adik nangis, suara pun sedap, so jgn sia2kn bakat adik disamping trus berbakti pada kluarga adik ye. . “

” Suara dia sedap macam gabungan suara lelaki dgn perempuan 50-50 sedap gilaaaa.. “

” You go dik. In the future, develop your own indentity as advised by Ziana Zain.. “

” Terbaikk.. sya suka baa suara ni adik.. macam suara perempuan.. ingatkan mula2 durang mau prank ka ap sekali baa betul2.. memang terbaikk.. “

” Mcm mana semua x tau dia boleh nyanyi.. viral kot yg boleh buat suara siti nurhaliza.. “

Jom tonton video penuh di bawah :

Untuk adik Akif, selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Apa-apa pun habiskan pelajaran dulu baru ok. Admin nak bagi 5 bintang pada adik Akif. Memang terbaik !!

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube by Berita Kopak & Onews

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / ONEWS. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..