Apabila Netizan Typo Tanya ” Ustaz, apa hukum simpan JAMBAN ? “, Ini Respon PU Azman

Apabila Netizan Typo Tanya ” Ustaz, apa hukum simpan JAMBAN ? “, Ini Respon PU Azman. Kan Dah Kena, Serius Kelakar Wehhh.. !!

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial.

Beliau menggunakan pendekatan dakwah secara santai dan berjaya menarik perhatian ramai khususnya golongan muda.

PU Azman antara yang rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan oleh pengikutnya di Instagram. Beliau sering membalas komen netizen dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya.

Jawapan beliau pastinya buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, apa yang ingin disampaikan itu sampai ke hati mereka.

Yang terbaru, menerusi akaun Instagram, PU Azman berkongsi gambar komen seorang netizen yang bertanya kepadanya :

” Assalamualaikum Ustaz, apa hukum simpan jamban ?

Apa yang menariknya, jawapan dan respon PU Azman terhadap netizen berkenaan sangat kelakar dan buat ramai yang terhibur.

” Mesti. Tuk elakkan kau berak bungkus ikat tepi.. “

Akhirnya yang bertanya soalan itu tersedar dirinya tersalah taip (typo) rupanya. Dia hanya mampu balas komen ketawa kerana terhibur dengan balasan daripada PU Azman.

Namun begitu PU Azman tetap memberi penjelasan dan penerangan terhadap pertanyaan yang diajukan oleh lelaki tersebut di caption entrinya.

Jom baca perkongsian PU Azman di bawah :

Perbahasan jambang mengambil perbahasan janggut.
Nabi bersabda:

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ، وَأَوْفُوا اللِّحَى

Maksudnya: Bezakanlah daripada orang-orang musyrik. Pendekkanlah misai dan peliharalah janggut. [Muslim]

Perkataan اللحية (“LIHYAH”) yang terdapat dalam hadis adalah bulu-bulu yang tumbuh di dagu dan di sekitar pipi.

Sila rujuk karya agung Lisaanul ‘Arab dan Kamus Mukhtar Sihhah.
اسم يجمع من الشعر ما نبت على الخدين والذقن

Maksud : Nama bagi bulu yang tumbuh di dagu dan sekitar kedua-dua pipi.

Rata-rata netizen terhibur dengan cara PU Azman bergurau dan berjenaka dengan netizen yang bertanya soalan di Instagramnya. Antara komen-komen netizen :

” Hahaahahaha typo bole mengundang mcm2.. “

” Aduhai… ngekek gelak… jamban peginya.. “

” Simpan jamban… Hahaha.. Xthu pulak ad jamban pkai buang.. adeh.. “

” Really like all ur spontaneous answer la ustaz… really make my day.. “

” Senang je nk suruh ustaz balas.. buat typo atau salah sikit.. baru ustaz balas… “

” Adoihhhh tumpang berhibur. Tqsm ustaz. Adoihhhhh mengah gelak dh tua2 ni.. “

Alahai netizen yang komen pun kelakar juga. Kadang-kadang soalan yang ditanya pada PU Azman pun lucu-lucu semuanya. Penat baca sampai senak perut ketawa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak